MELABURLAH UNTUK AKHIRAT....


FIRMAN ALLAH : " Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seumpama seperti sebiji benih yang mengeluarkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. "
(surah al-Baqarah, ayat 261)

Tuesday, November 2, 2010

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGISI TABUNG PEMBINAAN SURAU MUNSHI ABDULLAH



Gambar 1: Rekabentuk Surau Baru SMK Munshi Abdullah.




Gambar 2 ; Keadaan surau SMK Munshi Abdullah yang sudah uzur dan tidak mampu menampung kapasiti pelajar yang hampir mencecah 2000 orang.

Adalah dimaklumkan bahawa JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SMK MUNSHI ABDULLAH bercadang untuk membina surau baru bagi menggantikan surau lama yang keadaannya sudah uzur dan tidak lagi mampu menampung kapasiti pelajar yang hampir mencecah 2000 orang pelajar.
KOS KESELURUHAN BAGI MEMBINA DAN MENYIAPKAN SURAU BARU ADALAH BERJUMLAH RM575,000.00. Justeru itu, pihak kami sedang berusaha mengumpul dana dan kami sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak luar untuk memastikan surau ini dapat dibina dan akhirnya boleh memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar, guru serta orang ramai untuk mengerjakan ibadah dan mengadakan aktiviti kerohanian.
Untuk makluman semua, surau ini adalah merupakan surau yang aktif dari segi penganjuran aktiviti dan program. Surau ini juga digunakan oleh pelajar-pelajar setiap hari bagi menunaikan solat secara berjamaah dan menjalankan aktiviti kerohanian.
Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Surau SMK Munshi Abdullah dengan rasa rendah diri memohon jasa baik pihak tuan bagi menghulurkan sumbangan kewangan kepada TABUNG PEMBINAAN SURAU SMK MUNSHI ABDULLAH bagi memastikan surau ini dapat dibina dengan jayanya.
Diharapkan dengan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan dapat membantu pihak kami dalam menyiapkan pembinaan surau baru ini. Sumbangan pihak tuan bolehlah dibuat melalui :

      
AKAUN BANK ISLAM :  04-015-01-005936-2
(TABUNG PEMBINAAN SURAU SMK MUNSHI ABDULLAH)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-
TUAN HAJI ISNIN BIN AMAN                                                     
Yang DiPertua PIBG  
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dana 
Surau SMK Munshi Abdullah
(012-6010852)

AL FADIL USTAZ  BAKHTIAR BIN RAMLI          
Setiausaha
(012-6365007)  
 

PUAN FARIDAH BINTI A.KARIM 
Bendahari

ANDA JUGA BOLEH MELAYARI LAMAN KAMI DI http://suraumunshi.blogspot.com/

ATAU FACEBOOK KAMI : SURAU SMK MUNSHI ABDULLAH


ATAU EMEL KAMI : suraumunshi@gmail.com .

Anda juga boleh terus berkunjung ke alamat seperti dibawah :

SMK MUNSHI ABDULLAH,
75350 BATU BERENDAM,
MELAKA

Untuk melihat Gambar Surau SMK MUNSHI ABDULLAH,

Sumbangan anda amat kami hargai dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang Benar,


HJ ISNIN BIN AMAN
Yang DiPertua PIBG SMK Munshi Abdullah,
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dana SMK Munshi Abdullah

KEBENARAN KUTIPAN DERMA DARI PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM)
DAN JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN)









GAMBAR REKABANTUK SURAU BARU








GAMBAR SURAU LAMA (KINI)




























Wednesday, October 27, 2010